Tuesday 18 June 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum


Wah dh lama tak update blog 6 bulan lebih kot. Besa la busy dengan tesis n final exam. Tp alhamdulillah semua dh selesai tesis pun dh htr jilid. Semoga semua dipermudahkan. Pesanan kepada adik-adik junior tahun 1 dan tahun 2 tu rajin-rajinkan diri tu study. Jangan jadi macam akak ni ha last minit la nk pulun. Eh macam diorang baca lak post ni.



Btw, hari jumaat ni check out, ahad balik perak n isnin dah start praktikal. Alhamdulillah syukur sesangat sebab terasa ringan sikit beban. Kalau dulu dengan macam2 dugaan dengan projek asyik tukar tajuk la. Dengan akak phd yang tak stabil hormon dia. Almaklum la tengah pregnant. Mintak maaf sebab dah banyak susahkan akak n terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberi. InsyaAllah akak diingat sampai dah kawen pun. Ok ayat touching. ha ha



So sekarang boleh fokus untuk praktikal. Selesai semua bulan 10 nanti grad time yeah ! perancangan selepas tu? Nope tak fikir lagi walaupun orang lain dah ada plan. Mungkin sambung master. Mungkin cuba bidang lain tak pun kwen terus end up jadi surirumah bekerjaya. Ha ha pun boleh.


Ok tu saje nak update. Bebila ada kelapangan boleh la update lagi perkembangan terbaru sy ni haa. Macam retis pula ha ha ha. Bye

Sunday 30 December 2012

Cuti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Hai rakan-rakan maya saya sekalian. Semoga sihat ceria hendaknya. Wah dah lama tak update. Bukak je dashboard, tengok ada yang follow blog ni. Eh dah macam twitter lak.


Btw, Terima Kasih-Arogato-Gamsahamida-Muchas Gracias sebab sudi .... ehem. Ha ha. Sekarang ni mesti ramai yang busy sebab final exam kan. Untuk budak sekolah lak mesti busy pujuk mak ayah belikan kasut sekolah baru. Tak pun baju and tudung sekolah baru. Eh betul ke?


Cakap pasal sekolah, terhingat pula zaman saya sekolah rendah dulu.. He he. Dulu-dulu masa kanak-kanak rebina, selalu main dalam kelas. Tengah cikgu matematik ngajar kat depan pun boleh lagi main batu seremban kat belakang. Tapi cikgu tu hensem. Kat mana la dia sekarang ni. Eh tetiba rasa gatal pulak.


Tak cukup gan tu, masa darjah 4 ada seorang guru India ni garang. Dia ajar kelas kami bahasa inggeris. Kelas dia selalu lepas rehat. So sapa yang masuk lewat dari dia kena ketuk ketampi pastu bdiri kat depan. Betul ke ketampi? Gasaklah haha.


Ingat lagi, masa tu loceng tamat rehat dah bunyi tetiba kawan ajak teman dia pi toilet. Punya la setia kawan, sanggup temankan walaupun tahu lpas rehat tu kelas teacher garang tu. Apa lagi, masuk saje terus kena soal ''why do you late..'' Lebih kurang macam tu la gamaknye soalan dia.


Dengan perasaan takut and gundah gelananya, kami dua orang tak jawab pun soalan dia. Lepas tu terus dia suruh ketuk ketampi dan berdiri kat depan sampai dia habis kelas. Malu oii... Terpaksa menembokkan muka. Kawan yang lain gelak je. Ada jugak yang simpati. Cehh. Ha ha.


Itu la antara kenangan yang tak dapat dilupakan. Kalau nak cerita satu-satu memang sehari suntuk tak habis. Apa pun tetap terpahat dalam ingatan sebagai kenangan manis. Bukan semua boleh dapat kenangan macam itu tau.


Sekarang ni susah dah nak jumpa guru yang berani angkat tangan kat pelajar dia. Kalau angkat tangan sikit, tinggikan suara ke mesti pelajar tu mengadu kat mak ayah. Lepas tu datang sekolah serang cikgu, salahkan cikgu.


Dah tak macam dulu, cikgu marah ke, denda ke, pukul ke, kalau mengadu kat mak ayah pun nanti diorang cakap ''...salah kamu jugak. Padan muka..'' Ha ha. Itu hanyalah contoh ye. Tapi memang betul pun sekarang dah tak sama dengan dulu.


Kenapa tetiba boleh cerita pasal ni pulak? Tak pe la anggap la sebab tak ada isu berbangkit. Eh tetiba pulak.
Ok la cukup-cukup la tu mengimbau masa lalu. Kepada adik-adik sekalian, selamat menyambung hari persekolahan anda !


Assalamualaikum w.b.t


Eh eh cuti dah nak habis la..he he

Tuesday 18 December 2012

Listen

Assalamualaikum w.b.t




Today do not just hear but listen. When we listen to a person it means we respect them. Listen to our children and see the change in them



- Prof Dr Muhaya -

Sunday 16 December 2012

SEGMEN: Pencarian Blogger Baru

Assalamualaikum w.b.t




Tadi blogwalking tetiba jumpa segmen ni. Segmen ni memang sesuai untuk mereka-mereka yang follower dia less than 1000 macam saya ni. wuwuwu. Lagipun saya baru je nak ceburi dalam bidang ni. Eh macam skema pulak. Tak tahu la layak ke tidak terima gelaran blogger tu. Harap lepas join ni adalah la yang sudi singgah blog saya.

I ended my words with Thank You very much ! Gamsahamida.


CONTEST: Saya sayang kamu SAHABATKU

Assalamualaikum w.b.t

Hai hai salam perkenalan. My name is Cik Min and I want to join the contest coz I had someone special that I keep her tightly in my heart. And also thx a lot to Shikin.Washi. Sebab beliau lah saya tahu pasal contest ni. Thank you :* hikhik

 

Btw, I am newbie in blogging. Silalah beri banyak tunjuk ajar :)


Muka kami nak serupa kan kan. Ha ha nak jugak.

On your left hand side, is my rumate. Beside her is me, with big tahi lalat manis kat dahi tu  =.='... We stayed together in a small-happy room. How we meet ??... Maka bermula la alkisahnya.

Kami baru kenal tak sampai setahun tapi dah bertepuk tampar macam kakak dengan adik. Of course la dia kakak sebab muka dia macam mak budak. He he

Kami bertemu tanpa diduga pada hari booking bilik untuk sem baru. Kebetulan saya keseorangan dan dia pun tidak berteman pada waktu itu.

Nak dijadikan cerita, dia menegur saya dahulu dan minta untuk berumate sekali. Ya Allah memang tak sangka, sungguh mudah begitu sekali. 

Mula-mula perkenalan, kami seperti pengantin baru yang bcinta selepas kawen. Masing-masing tak kenal satu sama lain. Selepas berta'aruf hampir 2 minggu, kami mula rapat. Pergi kafe sekali, outing berdua, shopping bersama, makan pun kekadang suap menyuap.

Sampai sekarang hubungan kami masih baik, lancar dan bahagia ...dah macam laki bini pulak. Dia lah insan istimewa tersebut,
  NUSAIYBAH BINTI DAHALAN. 


MENGAPA SAYA SAYANG DIA?
Sebab dia lah saya 'berubah'. I guess the better word is HIJRAH right? Banyak ilmu agama saya belajar dengan dia. Alhamdulillah dia sangat penyabar. Kami selalu solat jemaah Maghrib sama-sama. Dia lah sahabat sejati dunia akhirat. InsyaAllah :D

p/s:
Orang kata tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal baru rasa nak bercinta. Ok bye! 
Assalamualaikum.